Skip to main content

Kisah seram TLDM Lumut 1985

 Kali ni saya nak ceritakan kisah seram yang berlaku pada diri saya pada sekitar awal 80-an. Ketika itu kami baru pindah ke TLDM lumut yang ketika itu juga baru dibuka.  Kami antara  yang awal pindah dari Singapura ke TLDM Lumut.  Masa tu bangunan banyak kosong dan bila malam suasana gelap saja. Bayangkanlah kalau ada kawasan yang luas besar dan banyak bangunan tinggi tapi kosong dan anda tinggal di situ mesti anda pun rasa seram kan?  Begitulah juga perasaan kami semasa tinggal di sana. 

 Banyak cerita yang kami dengar dari jiran-jiran tentang aku makhluk halus yang mereka jumpa di sekitar bangunan kami iaitu Blok A5.

 Selain dari cerita hantu di blok A5 kami juga selalu dengar cerita cerita hantu di sekolah SK TLDM. Namun saya sendiri tak pernah lagi jumpa hantu di sekolah. Setelah beberapa tahun Tinggal di TLDM barulah kami merasai sendiri pengalaman yang menyeramkan. Masa tu sekitar tahun 1985 di mana adik saya Shidi di baru saja dilahirkan. Dia selalu menangis pada waktu malam. Oleh kerana susah nak bagi dia berhenti menangis maka kami pun cuba cara alternatif iaitu dengan merujuk kepada seorang makcik yang dikatakan pandai mengubat. Makcik tu tinggal di blok A7 tak silap saya.

 Beberapa minggu sebelum menjumpai makcik tersebut, mak saya ada menceritakan yang beliau ternampak bola-bola api menuju Pulau Pangkor. Apabila dia menegur, bola api tersebut pun padam. Ada beberapa jiran yang ternampak bola api juga

 Mak saya bawa saya sekali ke rumah makcik tersebut. Setelah bercerita tentang masalah kami makcik itu pun baca berapa surah dan kemudian memotong limau nipis di dalam satu bekas yang berisi air. Dari pengamatan beliau ada makhluk halus yang mengganggu adik saya pada waktu malam. Dia cuba menunjukkan sesuatu pada mak saya dari bekas air tapi saya pun sendiri pun tak faham apa yang boleh kita nampak dari bekas air tersebut. 

 Sebelum balik kami diberikan satu tangkal dan beliau berpesan untuk kami letakkan tangkal tersebut di buaian. Setelah pulang ke rumah, pada malamnya kami gantung tangkal tersebut di buaian adik saya. Adik saya tidur di bilik ibu bapa saya dan saya pula tidur sorang-sorang dalam bilik sebelah. Malam tu saya tidur macam biasa namun pada pukul lebih kurang 5 pagi saya terjaga kerana bermimpi pelik. 

 Bila terjaga mata saya ternampak bayang-bayang dalam bilik saya. bayang-bayang tersebut lebih menyerupai kepada serigala jadian sebab boleh nampak bayang telinga dan bulu-bulu di badannya menyerupai serigala jadian.  Masa tu saya tak tahu apa itu serigala jadian dan saya tiada istilah yg tepat untuk menggambarkan makhluk yg saya nampak sehinggalah saya tengok cerita warewolf kat televisyen. Tinggi makhluk tu hampir menyamai tingkap bilik saya. bayang-bayang tersebut kelihatan jelas di pintu bilik. Saya beranggapan yang makhluk halus tu sebenarnya berada diluar tingkap dan memerhati saya yang sedang tidur di dalam bilik. 

 Pelik juga sebab saya nampak di bahagian mata bayang bayang tersebut bersinar berwarna merah. Sepatutnya  bayang-bayang warna hitam sahaja. jika dia berada diluar dan bayang bayang boleh kelihatan pada pintu bilik, itu bermakna objek itu adalah objek legap. takkan hantu objek legap pula kan? Pening.

 Lupa nak bagitahu yang rumah kami berada di tingkat 7. Kalaulah ada orang yang nak menyamar jadi hantu, sanggup ke orang nak panjat bangunan tingkap 7 dan duduk di luar tingkap saya pada 5am? masa tu pelbagai perkara yang melintas di fikiran. Walaupun ketika itu saya berada di sekolah rendah dan belum lagi belajar sains tapi saya dah boleh  fikir dari segi logik.

 Yang pasti ada bayang-bayang serigala jadian di pintu bilik saya bersama 2 pantulan cahaya merah. Sejam juga saya melihat bayang-bayang tersebut. Takut nak bergerak dan berlari keluar bilik sebab takut nanti kena gigit dengan serigala jadian pula. Nak menjerit panggil bapa saya pun tak berani sebab nanti kena gigit juga. aduhai. Saya pun terus berdiam diri. Saya tengok dia dan dia tengok saya selama hampir satu jam. 

 Akhirnya kedengaran azan subuh dan ketika Itulah saya mendapat semangat untuk lari sekuat hati serta memanggil ibubapa saya dibilik sebelah. Bapa saya bangun dan terus ke bilik saya untuk melihat apa yang saya katakan. Namun kelibat hantu tersebut telah tiada. 

  Pagi tersebut mak saya menceritakan hal tersebut kepada jiran dan ketika itu juga ada jiran mengatakan yang mereka juga mengalami pengalaman yang aneh. Suami jiran mengadu yang tangannya telah dipulas semasa mengambil wuduk untuk bersembahyang subuh. Selepas dari insiden tersebut, tiada lagi makhluk halus yg melawat rumah kami.
 Semasa di Sekolah Menengah waktu tu famous dengan novel seram Bercakap Dengan Jin. Tengok muka depan novel tersebut ada menyerupai serigala jadian yang saya nampak pada malam tersebut. Kebetulan juga cerita cerita Siri Bercakap Dengan Jin tu lokasinya disekitar daerah Manjung . Adakah makhluk yang saya nampak malam itu adalah sama dengan makhluk yang penulis Bercakap Dengan Jin tu nampak?

Comments

Popular posts from this blog

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan.  Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem. Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah.  Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada. Basically aktiviti menaiki...

Restoran Zaman,Kuantan (Nasi Lemak Beratur)

Nasi lemak ni memang paling famous kat Kuantan. Pagi2 berduyun orang datang makan kat kedai ni.Lepas tu kalau nak makan, kena gi amik kat dapur. Nickname yang kami bagi ialah Nasi Lemak Beratur. Detail di bawah. nak nasi lemak, amik sendiri kat dapur. Nak roti canai pun kena beratur juga Senarai harga Location:Jalan Kuantan-Gambang just beforeTUDM (N03 45.739, E 103 12.817) Serving:Nasi Lemak,Roti Canai Capacity:200 people Operation:Breakfast Budget:Nasi lemak=MYR2 without fried chicken(Far expensive from Penang,Kedah,Perlis) Serving time:Self service. parking: provided childseat:provided My good comment:Deserve to be one of the best food in Pahang.Tasty...4.5 star.Famous in Kuantan and restaurant is always full. Room for improvement:You must go to kitchen to take the nasi lemak,but you are not the only one.Here I show you how many people line-up in the kitchen. Beratur di dapur