Jepun adalah destinasi pilihan untuk rakyat Malaysia melancong keluar negara. Selain memberikan pengalaman 4 musim, Jepun juga menyajikan pemandangan yang indah, kebudayaan yang unik, teknologi yang hebat dan entertainment yang baik untuk kenangan para pelancong. Menurut rekod Jepun mengalami peningkatan pelancong yang mendadak tahun tahun kebelakangan ini dari Malaysia dan Indonesia. Fakta yang agak menarik sebab Jepun adalah negara yang mahal bagi kedua2 negara ini. So macam mana nak berjimat? Tempah penginapan melalui Airbnb Kos percutian sekarang sudah semakin murah berbanding dengan dahulu dengan wujudnya pelbagai sharing platform yangb wujud macam cendawan sekarang. Airbnb adalah platform untuk berkongsi kediaman. Basically sama macam concept homestay di Malaysia ni. Ada rumah tapi tak duduk dan sewakan ke orang lain berdasarkan bilangan hari. Di Tokyo terdapat pelbagai apartment atau rumah yang ditawarkan. Anda boleh pilih berdasarkan jarak dari stesen keretapi yang terdekat dan...