Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Perak

Concubine Lane, Ipoh

  Kali ni saya nak bawa anda ke concubine lane di Ipoh. Dulu masa saya melawat Ipoh saya tak kenal tempat ini tapi kali ini adik ipar saya beria-ia untuk membawa kami ke sini. Saya tak berapa berkenan sangat dengan nama tempat ini sebab concubine bermaksud gundik. Nak bawa anak ke sini lagilah saya tak berkenan. Namun setelah melihat gambar-gambar yang diambil di sini saya cuba untuk meluangkan masa disini.  Parking di sini tidaklah sesukar mana dan mudah nak cari parking. kami menggunakan Google Map sahaja untuk ke sini. Kami tiba pada pukul 9 pagi dan kelihatan beberapa peniaga sudah mula membuka kedai. Ketika ini orang pun tak berapa ramai lagi. Di Lorong sini saja kita boleh nampak berapa tempat yang sesuai untuk di ambil gambar. Memang tempat ini cantik dan klasik.  Pada mulanya kami nampak kedai yang menjual sarapan pagi. Cantik kedai ni dah ramai yang mengambil gambar di sini. Kemudian kami nampak banyak juga kedai yang menjual...

Victoria Bridge, Kuala Kangsar

Selepas kami melawat Warung Pak jabit, kami bergerak ke satu lagi tempat yang menarik di Kuala Kangsar iaitu Victoria Bridge. Jika kita menggunakan Google Maps kita mungkin akan keliru kerana ada kemungkinan Google Maps akan tunjuk kita ke lokasi yang salah. Pada asalnya kami mendapat maklumat dari Google Map kami perlukan 16 minit untuk sampai tapi rupanya kami perlukan hanya 2 minit sahaja untuk sampai. Dekat rupanya. Masa kami sampai di sini keadaan agak sesak dan banyak juga geng motor yang datang. kami terpaksa parking kereta jauh sikit dari tempat yg disediakan kerana tempat parking sudah penuh. kami berjaya jumpa Parking di sebelah kedai buah yang terletak dalam lebih kurang seratus meter dari Victoria Bridge. Tiada wang masuk dan parking dikenakan tapi tempat ni terjaga dengan baik. Di sini juga ada dipaparkan sejarah tentang Victoria Bridge. disamping tempat yang menarik untuk bergambar tempat ini juga boleh kita pengetahuan Dari sudut sejarah. kebanyakan orang akan men...

Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak

Memang sedap Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau ni. Asalnya saya pergi Kuala Kurau untuk makan Cik Aya Laksa Ketam yang famous tu tapi tutup la pulak. Masa tu hari Rabu 12pm. Puas saya pusing area situ dan akhirnya ada makcik tepi jalan rekomenkan saya pergi ke Mee Udang Parit 30 ni. " Adik pergi kat jambatan kecil  nanti nampak sign board dan jalan kecik ke restoran tu." Asalnya saya mcm malas juga sebab jalannya kecil jauh masuk ke dalam. Nanti penat je jalan, tapi tak sedap. Tapi bila dah pekena sekali mee ketamnya, saya boleh order 1 lagi mee udang! sedapnya tak tau nak cakap dan better anda datang kesini untuk mencubanya. Mesti resepi tradisional turun temurun ni.Kedai ni dibuka 11am~10pm. Suasana pun aman disini. Oleh kerena ini adalah jeti nelayan, ramai pekerja2 hasil laut berkumpul disini dan sernok juga dengar mereka bersembang tentang hasil laut. Mee Ketam ni MYR15 harganya. Ada akak sedang memproses hasil laut. Mee Udang ni MYR5 sahaja Location: Kg. Batu 14,Kuala Kur...

Cik Aya Laksa Ketam, Kuala Kurau

 Ni saya nak share satu tempat makan yang famous di daerah Kerian Perak tapi mungkin ramai orang luar tak tahu. ramai yang dah singgah dan bagi komen positif tentang warung ni. Alamat seperti gambar dibawah(name card) di Kampung Nelayan Kuala Kurau. Sebelum Jambatan Kuala Gula, masuk ikut bawah. Selain makanan yang sedap; pemandangannya juga amat menarik dan tenang. Harga untuk makanan dibawah berharga MYR18 sepinggan dan bagi saya amatlah berbaloi. Ada Ketam, udang , sotong bagai. Ok lah tu. KFC yang biasa2 pun dah tak murah dah sekarang. Kalau nak compare dengan harga Mee Udang atau Mee Ketam warung2 lain pun, masih lagi berbaloi.

Swiss court apartment damai laut

Salam kepada pembaca setia blog ni. Just nak share pengalaman kami bercuti menggunakan voucher percuma 3 hari 2 malam oleh SGI Vacation club. Voucher ni diterima setelah saya hadir ke sessi taklimat oleh SGI Vacation club di Swiss garden Sungai Petani. Setelah selesai taklimat, baru la dapat voucher ni. Saya diberi pilihan untuk menginap dihotel  Swiss-Garden Residences Bukit Bintang Kuala Lumpur; Swiss garden Kuantan dan   Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut.  Pada mulanya saya cuba booking KL tapi susah nak dapat dan tarikh pun tak sesuai dengan saya. Akhirnya saya mengalah dan ambil Damai Laut. Damai Laut ni rasanya ramai yg dah pernah pergi dan tahu betapa terpencilnya tempat ini dan susahnya nak cari makan. Disini nanti kami akan kongsikan tempat makan yang berdekatan dengan swiss Garden ni. Kami bertolak dari Penang melalui jalan lama bermula pukul 9am dan dijangka tiba pada 12pm. Tepat pada waktu makan tengah hari. Tapi kita dah tahu pasal susah nak cari mak...