Skip to main content

Tips pembelian rumah pertama: Nak check apa masa tengok rumah yg nak dibeli?

 Setelah Anda tahu bagaimana cara untuk Set appointment tengok rumah, kini saya nak tunjukkan pula cara yang betul untuk melihat ataupun periksa rumah. Mula-mula anda perlu lihat persekitaran di luar rumah terlebih dahulu. Bagaimana dengan parking kereta? Adakah ianya sesuai jika ada keluarga yang ingin datang ke rumah anda? Lihat di sebelah rumah, jiran sebelah rumah kita berbangsa apa? Begitu juga dengan jiran di depan ataupun di belakang.  Jenis suka buat bising ke tidak?

 Tengok juga arah matahari. Ada setengah orang suka matahari terbit dari depan dan ada juga yang suka matahari terbit dari belakang. Ada juga yang suka terbit dari tepi. Bab ni terpulang kepada kesesuaian masing-masing.

 Kemudian adakah ianya sama seperti gambar yang anda lihat di iklan? sebab ada juga kes dimana ejen tersalah letak gambar rumah. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. 

  Kemudian di dalam rumah anda harus cari titik-titik air atau kulat di siling rumah.
Jika anda jumpa tanda ini, Ini bermaksud atap ada kebocoran. Biasanya kebocoran bukan perkara senang untuk di perbaiki.  Anda juga boleh cuba mencari titik-titik air di dinding. Kadang-kadang bukan sahaja titik air tapi cat yang bertapuk-tapuk juga menandakan ada masalah air yang mendap di dalam dinding. Air di dalam dinding ini membawa dua maksud iaitu air yang berpunca daripada masalah paip dalam dinding dan satu lagi air yang berpunca dari tepisan air hujan dari luar dinding. Saya pernah jumpa satu rumah flat yang terletak di Corner lot dimana dinding sebelah dalamnya akan lembab jika hujan. Siap tuan rumah perlu sediakan mop jika hujan terlalu lebat dan lama kerana lantai akan banjir. Kes macam ni lagi susah nak settle. Takkan kita sendiri nak repair dinding luar tingkat 15?
 Kemudian cuba buka semua paip. Adakah air semua keluar cantik seperti sepatutnya? jika air yang keluar dari semua paip adalah kecil ini bermakna tekanan air di tempat situ mungkin ada masalah. Kalau anda ada kawan yang duduk berdekatan dengan tempat tersebut mungkin anda boleh bertanyakan tentang keadaan tekanan air di situ.  Kalau bukan waktu puncak pun air sudah kecil bayangkan pula kalau waktu puncak contohnya pada waktu orang semua buka shower bilik air untuk mandi pergi kerja.

 Untuk bahagian elektrik pula mungkin tak banyak benda yang kita boleh periksa kalau rumah tersebut kosong.  Kalau ada lampu ataupun kipas di rumah tersebut ianya masih belum boleh dijadikan ukuran untuk menentukan sama ada wiring ada masalah atau tidak.  Ini kerana bulb lampu ataupun komponen kipas yang mungkin sudah rosak tapi bukan wiring.Tapi kalau ada penyewa yang sedang tinggal di situ mungkin anda boleh tanya tentang elektrik pada penyewa.
 Kemudian anda juga harus check sama ada anai-anai telah membuat sarang di rumah tersebut. Anai-anai boleh didapati di bingkai pintu ataupun bingkai tingkap. anai-anai juga boleh memberi kesan yang negatif terhadap rumah yang kita beli.

 Jika terdapat kecacatan pada rumah, anda harus tanya pada ejen tersebut sama ada tuan rumah tersebut akan membaiki rumah sebelum dipindahmilik ataupun bagaimana. Kebiasaannya tuan rumah tidak akan membaiki kerosakan di rumah tersebut dan akan memberi diskaun berdasarkan kerosakan yang dijumpai.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee...