Skip to main content

Tips pembelian rumah pertama: Lokasi

 Lokasi adalah kriteria yang amat penting dalam pembelian rumah. Jika harga rumah dan jenis semuanya sesuai untuk kita tapi rumah itu berjarak 1000 kilometer dari tempat kerja kita pun tak guna juga kan? faktor utama yang perlu kita lihat dalam konteks lokasi rumah adalah jarak dari rumah hingga ke tempat kerja. ini adalah kerana kedua tempat ini adalah lokasi yang kita perlu tuju sebanyak lima kali satu minggu.

 Jika anda membeli rumah bersama isteri, dan lokasi tempat kerja anda dan isteri adalah berbeza, adalah lebih baik Jika anda membeli rumah yang berhampiran dengan tempat kerja isteri. anda kena fikir yang mungkin satu hari nanti isteri akan mengandung yang tidak boleh pemandu kereta dengan jarak yang jauh.
 Satu lagi tips yang ramai orang terlepas pandang adalah jarak antara rumah dengan tempat asuhan anak. ini juga penting kerana ini adalah lokasi yang akan kita tuju hampir setiap hari. Jika anda ingin menghantar anak anda ke asuhan secara persendirian, maka Anda perlu cari taman perumahan yang sudah matang.  Selalunya tempat begini mempunyai ramai wanita yang tidak bekerja dan berumur atas 35 tahun.

 Selain itu jarak rumah ke sekolah juga adalah penting. Ini kerana jika anak kita boleh berbasikal ke sekolah ianya pasti menjimatkan duit kita juga. Antara sekolah menengah dan sekolah rendah, pilihlah rumah yang berdekatan dengan Sekolah Rendah. Kita tidak tahu mungkin rezeki anak kita tinggal di asrama penuh yang mungkin jauh dari rumah kita. Saya pernah jumpa ada satu kes dimana seorang itu ada tiga orang anak tapi satu orang anak pun tidak sekolah berhampiran dengan rumah yang beliau beli. Semuanya bernasib baik tinggal di asrama penuh dari tingkatan satu sedangkan ayahnya membeli rumah di situ kerana rumah itu  dengan sekolah menengah.

 selain itu rumah juga perlu dekat dengan tempat membeli barang-barang harian contohnya 99 Speedmart. Saya bernasib baik kerana dalam lingkungan satu kilometer dari rumah saya terdapat dua Speedmart. Alhamdulillah dengan cara ini saya dapat berjimat lebih.
 berdekatan dengan tempat makan juga adalah penting. Paling tidak kita kena tengok adakah rumah kita dekat dengan kedai mamak supaya kita sentiasa ada bekalan untuk makan pagi, tengahari dan juga malam.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee...