Skip to main content

Tips pembelian rumah pertama: Insurans

 Semasa anda menerima tawaran pinjaman perumahan daripada pihak bank, selalunya pihak bank juga akan menawarkan insurans yang dipanggil MRTA. Mrta membawa maksud mortgage reducing term assurance. Jika anda beragama islam kemungkinan bank akan menawarkan MRTT iaitu versi Islamic kepada mrta tadi. huruf T yang menggantikan huruf A di belakang mrta itu sebenarnya membawa maksud Takaful. Jadi Mrtt membawa maksud mortgage reducing term Takaful.

 Tujuan ambil insurans untuk pinjaman perumahan ni adalah bertujuan sebagai jaminan terhadap bank jika berlaku kematian ataupun hilang keupayaan di pihak peminjam. Jika berlaku kematian pihak insurans akan melangsaikan semua hutang bank berdasarkan jadual yang telah dipersetujui di peringkat awal.  Kita kena ingat perkataan reducing yang terdapat dalam MRTT.  Tahun demi tahun perlindungan insurans yang diberikan akan berkurangan berdasarkan unjuran baki pinjaman perumahan tersebut. Kita kena ingat bahawa pinjaman perumahan mempunyai kadar faedah yang boleh berubah, dan perubahan ini mungkin akan memberi kesan kepada baki pinjaman perumahan tersebut. 

  Jika pihak insurans telah melangsaikan semua baki hutang si peminjam, ini bermakna rumah yang diduduki itu telah menjadi hak milik sepenuhnya si peminjam tadi. jika kadar faedah adalah tinggi daripada jangkaan pihak insurans, kemungkinan ada baki yang masih harus diselesaikan oleh waris peminjam.  Begitu juga untuk kes peminjam yang mungkin lewat bayar dan dikenakan interest yang lebih tinggi. Jika ini berlaku bermakna baki pinjaman pun akan lebih tinggi dari jangkaan

 Sebenarnya kita ada satu lagi pilihan yang dipanggil MLTA ataupun MLTT. MLTA adalah singkatan bagi mortgage level term assurance dan perkataan level itu membawa maksud nilai perlindungan yang diberikan adalah sama sehingga tamat tempoh.  Seperti di atas membawa maksud Takaful dan adalah versi Islamik kepada insurans konvensional. Ini semestinya lebih bagus daripada mrta tadi sebab waris anda tiada risiko untuk perlu tambah atau sambung bayar rumah tersebut jika anda meninggal ataupun hilang upaya kekal.

 Selain itu MLTT juga boleh diambil dalam bentuk life insurance ataupun life Takaful. ini betul-betul membantu terutama kepada golongan muda yang lambat lagi membeli rumah. anda boleh mendapatkan perlindungan Takaful dengan bayaran yang rendah di awal umur 20-an dengan pampasan yang sama harga dengan sebuah rumah. jika berlaku sesuatu terhadap tanda contohnya kematian ataupun hilang upaya kekal dan ada juga baru berkahwin, Waris anda boleh terus dapat pampasan dan boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli rumah secara tunai.

 Jika ditakdirkan anda meninggal di usia 55 dan mungkin ketika itu anda hampir melangsaikan pinjaman perumahan anda,  wang pampasan akan digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman perumahan dan selebihnya boleh digunakan oleh waris untuk tujuan meneruskan kehidupan.  ini berbeza dengan mrta dimana keluarga ataupun Waris hanya mendapat  rumah sahaja.   Sedangkan jika anda iaitu tonggak keluarga meninggal sudah tentu lah keluarga anda perlukan ruang untuk teruskan kehidupan juga. tahun dan mungkin ketika itu anda hampir melangsaikan pinjaman perumahan anda, Wang pampasan akan digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman perumahan dan selebihnya boleh digunakan oleh waris untuk tujuan meneruskan kehidupan. ini berbeza dengan mrta dimana keluarga ataupun Waris hanya mendapat rumah sahaja. Sedangkan jika anda iaitu tonggak keluarga meninggal sudah tentu lah keluarga anda perlukan ruang untuk teruskan kehidupan juga.

 Sebagai perbandingan saya lampirkan carta bawah untuk memberi pemahaman yang lebih kepada anda dan jika ada soalan tambahan anda boleh terus menghubungi 0164449278.  ini adalah saat penting untuk anda memilih yang mana satu lebih sesuai untuk anda

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nasi Ayam Kawasan Perindustrian Perai

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for nasi ayam in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Medan selera kawasan perindustrian Perai Unique Good deco You see the tyre rim? Nasi Kandar section The curry looks powerful Nyam Nyam... The famous nasi ayam arrived ketchup and soy sauce mixed together My son love it Mee Kari This is not for tourism because the stall is located in Kawasan perindustrian Perai with dust and unfriendly environment.Sometime I feel like having lunch at small stall in Jakarta's outskirt which I had few years ago. But since the Nasi Ayam is the best I had so far in Perai area, I would like to share it with you.My chinese friend introduced this Nasi Ayam to me and I tried 3 times already.If you are working around here,may be you should try. Location: 3M Serestu, far right,medan selera lorong perusahaan 3,Kaw.Perindustrian Perai GPS:N 05 22.212 E 100 23.364 Serving:Nasi Ayam, Nasi Kandar,& variety of foods. Budget: MYR3.80( Nasi Ayam) ...