Skip to main content

Tips pembelian rumah pertama: Boleh percaya ke ejen hartanah?

 Dalam anda mencari rumah mungkin anda akan terjumpa iklan-iklan yang diiklankan oleh agen Hartanah.  Boleh percayakah mereka ini? Pada awalnya sebelum menceburi bidang hartanah,  saya fikir mungkin pembeli dapat jimat duit yang banyak jika membeli rumah tanpa melalui ejen Hartanah.  Risiko untuk ditipu juga ada.  Kita mungkin samakan profesion ini sama seperti ulat-ulat tiket bas di stesen stesen bas besar.

 Tapi bila saya sudah menceburi dalam bidang ini baru saya dapati risikonya adalah lebih besar tanpa melalui ejen Hartanah.  Harga rumah yang dijual oleh pemilik juga selalunya adalah lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran. Siapa tak nak duit lebih kan?
 Saya juga selalu mencari pemilik pemilik Hartanah yang ingin menjualkan Hartanah mereka melalui Facebook dan mudah.com. Kedua-dua media ini adalah free untuk mengiklan. Jadi ramai juga pemilik yang test market di dua media ini. Ada ketikanya saya jumpa rumah ini dijual oleh pemilik jauh beratus ribu RM tinggi dari nilai harga pasaran. Bayangkanlah teres tingkat kos rendah yang hanya berharga RM200 ribu ingin dijual dengan harga RM600 ribu. Bila ditanya mengapa diletakkan harga begitu tinggi si pemilik hanya menjawab " kot kot kalau ada yang nak beli ".

 Sebagai ejen Hartanah kami akan berunding harga dengan pemilik untuk dapatkan harga mengikut pasaran terlebih dahulu sebelum mencari pembeli. Jika anda berkenan sangat dengan rumah tersebut dan sanggup membeli rumah dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran, anda akan hadapi masalah jika anda membeli rumah tersebut dengan menggunakan pinjaman perumahan bank ataupun lppsa. Mereka tak akan terima harga anda bulat bulat. Bank dan lppsa akan menghantar jurunilai ke rumah yang ingin anda beli dan jurunilai akan menilai secara detail tentang rumah tersebut.

 Ada kes yang saya jumpa di mana pembeli membeli rumah teres setingkat secara terus dengan pemilik dengan harga RM250 ribu. Menurut beliau rumah itu cantik dan renovation yang dilakukan juga menurut citarasa beliau. Harga juga masih masuk akal. Beliau diminta untuk bayar booking sebanyak 1% sebagai tanda untuk booking atau rumah itu mungkin dilepaskan ke pembeli yang lain. Oleh kerana berminat beliau pun bayar booking tersebut. Kemudian beliau telah mohon pinjaman bank dan lulus. Namun beliau terkejut kerana kelulusan yang diberikan oleh pihak bank jauh lebih rendah daripada harga rumah. Setelah diselidik rupanya market value untuk rumah tersebut hanyalah RM200 ribu.

 Akhirnya si pembeli tadi terperangkap di dalam dilema. Jika beliau teruskan pembelian tersebut beliau haruslah top-up wang secara tunai yang besar( RM50k) dan jika beliau batalkan hasrat pembelian rumah tersebut, wang satu peratus yang telah diberi kepada pemilik Hartanah itu akan lebur.
 Selain itu ramai juga pemilik Hartanah yang tidak mengetahui selok-belok penjualan Hartanah. Bila diajak cerita bab geran pun ramai yang tak tahu sedangkan itu perkara asas dalam penjualan Hartanah. Melalui agen Hartanah urusan menjadi lebih lancar kerana ketika anda berurusan dengan Ejen Hartanah tersebut, ejen Hartanah tersebut mungkin telah menjual 100 unit rumah sebelum ini. Kalau dokumen dari bahagian pemilik semua OK, barulah kami iklankan.

 Ada juga orang yang kita ingatkan adalah pemilik Hartanah tapi rupanya dia bukanlah pemilik Hartanah pun. Bincang punya bincang rupanya yang pemilik sebenarnya adalah bapa atau tok. Kalau hidup tak apa lagi mungkin kita boleh bincang dengan pemilik yang sebenar tapi rupanya pemilik sebenar pun dah meninggal. Bukan senang nak jual rumah yang pemilik asal yang telah meninggal sebab banyak proses yg melibatkan faraid harus dilakukan terlebih dahulu sebelum boleh dijual. Mungkin proses ini mengambil masa yang amat lama dan melibatkan mahkamah juga.
 Ada juga rumah yang belum boleh dijual kerana rumah tersebut berstatus kos rendah dan tidak boleh dijual dalam sesuatu tempoh.  
Ada kes saya jumpa rumah kos rendah dibeli pada harga RM40 ribu tapi pemilik cuba untuk menjual rumah tersebut dengan harga rm200 ribu empat tahun kemudiannya. Bukan senang nak dapat peluang untuk membeli rumah kos rendah terutama yang melibatkan kerajaan negeri. Tapi bila dah diberi peluang, lain pula dibuatnya.

 Beli RM40 ribu tapi jual RM200 ribu, skim cepat kaya apakah ini? Kalau anda tahu dan kenal siapa yang buat macam ni pun mesti anda akan kecewa kan? Apa pun penjualan rumah kos rendah ini perlu mendapat kelulusan dari Setiausaha Kerajaan Negeri. Selalunya kerajaan negeri tak benarkan. Hanya dengan alasan yang kukuh saja boleh.  Contohnya jika anda menyatakan bahawa lif di situ selalu rosak dan anda pula menghidap penyakit kronik, mungkin kerajaan negeri akan benarkan penjualan tersebut bersertakan dengan bukti yang kukuh contohnya laporan perubatan dan sebagainya.  Maka secara amnya kes ala skim cepat kaya seperti ini boleh dielakkan atau dikurangkan.

 Selain dari melancarkan urusan jual beli Hartanah, ramai ejen Hartanah yang melakukan extra service dengan membantu urusan pinjaman perumahan. Kebanyakan ejen Hartanah memang sudah mempunyai kontak dengan beberapa bank. Begitu juga dengan beberapa peguam Hartanah. Secara asasnya agen Hartanah bertanggungjawab dalam marketing dan rundingan Hartanah sahaja namun dengan sedikit pengalaman dan nasihat daripada banker dan juga lawyer, ramai juga yang boleh memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang diberikan
 Kini menjadi trend di mana pihak pemaju pun melantik agen Hartanah untuk menjual  hartanah yang mereka majukan. Saya sendiri pun menjual lebih daripada 50 projek perumahan baru.  Ada projek yang belum dilancarkan lagi tapi pihak pemaju telah pun memanggil ejen Hartanah.

 Pendek kata anda tidak perlu risau jika anda berurusan dengan Ejen Hartanah untuk membeli hartanah tanah idaman anda. Kata-kata diatas tak termasuk untuk rumah yang dijual sendiri oleh pemilik yang juga ejen Hartanah. Maklumlah ramai juga ejen Hartanah yang mempunyai lebih daripada satu Hartanah. Ada kawan saya yang membeli dan menjual hampir 20 biji rumah setahun. Jangan terkejut ya.

 Sebenarnya banyak lagi aspek yang perlu dilihat sebelum ejen Hartanah membuat keputusan untuk mengiklankan dan menjual Hartanah tersebut. Ejen Hartanah pun ingin menjaga nama baik untuk kekal lama dalam industri. Profesion ini adalah profesion yang serius dan tak boleh dibuat main-main. Jangan ingat kerja ejen Hartanah itu mudah

Comments

Popular posts from this blog

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan.  Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem. Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah.  Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada. Basically aktiviti menaiki...

Restoran Zaman,Kuantan (Nasi Lemak Beratur)

Nasi lemak ni memang paling famous kat Kuantan. Pagi2 berduyun orang datang makan kat kedai ni.Lepas tu kalau nak makan, kena gi amik kat dapur. Nickname yang kami bagi ialah Nasi Lemak Beratur. Detail di bawah. nak nasi lemak, amik sendiri kat dapur. Nak roti canai pun kena beratur juga Senarai harga Location:Jalan Kuantan-Gambang just beforeTUDM (N03 45.739, E 103 12.817) Serving:Nasi Lemak,Roti Canai Capacity:200 people Operation:Breakfast Budget:Nasi lemak=MYR2 without fried chicken(Far expensive from Penang,Kedah,Perlis) Serving time:Self service. parking: provided childseat:provided My good comment:Deserve to be one of the best food in Pahang.Tasty...4.5 star.Famous in Kuantan and restaurant is always full. Room for improvement:You must go to kitchen to take the nasi lemak,but you are not the only one.Here I show you how many people line-up in the kitchen. Beratur di dapur