Skip to main content

Tip pembelian rumah pertama : Appointment tengok rumah

 Kalau anda jumpa iklan rumah yang ingin anda beli,   anda harus terus menghubungi ejen untuk rumah tersebut. Biasanya iklan-iklan yang anda jumpa akan disertakan sekali dengan link ke WhatsApp ejen tersebut. Ramai ejen yang lebih selesa untuk berurusan melalui WhatsApp kerana jika anda call mungkin ketika itu ejen tersebut sedang melayan pembeli yang sedang tengok rumah. Ataupun sedang memandu ke rumah yang hendak dijual. Lagipun komunikasi secara bertulis lebih selamat dan tiada cakap-cakap belakang di kemudian hari.

 Biasanya setelah bersoal jawab tentang detail rumah yang hendak anda beli ajen juga akan cuba untuk check kelayakan loan anda terlebih dahulu.  Ini adalah untuk permudahkan urusan kedua-dua pihak. Pihak pemilik rumah juga telah memberikan amanah kepada ejen Hartanah untuk cek kelayakan bakal pembeli terlebih dahulu sebelum mempelawa bakal pembeli ke rumah mereka. Tambahan pula pada musim pendemik ini pemilik takut nanti rumah tak beli penyakit pula yang dapat. Kesediaan anda untuk diperiksa kelayakan juga menunjukkan bahawa anda adalah pembeli yang serius. Setakat ini pengalaman saya kalau rumah tu harga berjuta sekalipun, pihak pembeli akan memberi kerjasama untuk cerita bab kelayakan loan terlebih dahulu. Jika tidak menggunakan pinjaman perumahan bank sekalipun, mereka akan kongsikan dari mana sumber wang tunai yang akan mereka  gunakan untuk membiayai kos jual-beli itu nanti. 
 Tujuannya untuk menyakinkan pihak ejen dan juga pemilik Hartanah tentang kedudukan kewangan mereka. Selain kelayakan pinjaman perumahan, pembeli juga harus sedar kos-kos sampingan yang perlu ditanggung sepanjang proses jual-beli itu nanti. Contohnya kos jurunilai dan juga kos Guaman. Kalau loan boleh lulus tapi duit untuk kos-kos tambahan tidak ada maka pembelian itu tidak menjadi juga.

 Jika dari awal kita sudah tahu yang anda mungkin bermasalah untuk mendapatkan pinjaman ataupun membiayai kos kos sampingan untuk pembelian rumah, mungkin ejen tersebut boleh memberikan nasihat yang lebih sesuai. Atau mungkin terus mencadangkan rumah lain yang ejen tersebut ada dan yang difikirkan lebih sesuai untuk anda.  Selalunya ejen Hartanah bukan menjual hanya satu hartanah sahaja. Selalunya ejen Hartanah mempunyai berpuluh hingga beratus senarai Hartanah yang dijual.

 Jika anda memilih untuk membeli rumah dari pihak pemaju kemungkinan besar kos kos sampingan ditanggung oleh pemaju. Namun ada juga segelintir projek perumahan baru anda perlu tanggung kos kos sampingan ini.  Tambahan pula pada zaman harga bahan binaan tinggi seperti sekarang ini di mana margin keuntungan syarikat pemaju semakin mengecil.

 Jika semuanya okey Barulah kita akan bincang dan tentukan bilakah masa dan waktu yang sesuai untuk melihat rumah tersebut. Selalunya perbincangan dilakukan sehari atau dua hari sebelum melihat rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nasi Ayam Kawasan Perindustrian Perai

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for nasi ayam in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Medan selera kawasan perindustrian Perai Unique Good deco You see the tyre rim? Nasi Kandar section The curry looks powerful Nyam Nyam... The famous nasi ayam arrived ketchup and soy sauce mixed together My son love it Mee Kari This is not for tourism because the stall is located in Kawasan perindustrian Perai with dust and unfriendly environment.Sometime I feel like having lunch at small stall in Jakarta's outskirt which I had few years ago. But since the Nasi Ayam is the best I had so far in Perai area, I would like to share it with you.My chinese friend introduced this Nasi Ayam to me and I tried 3 times already.If you are working around here,may be you should try. Location: 3M Serestu, far right,medan selera lorong perusahaan 3,Kaw.Perindustrian Perai GPS:N 05 22.212 E 100 23.364 Serving:Nasi Ayam, Nasi Kandar,& variety of foods. Budget: MYR3.80( Nasi Ayam) ...