Skip to main content

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth

 kali ni saya nak bawa anda ke satu tempat makan yang agak Legend juga di Sungai Dua Butterworth. penduduk sekitar ni memang dah tahulah tempat ni memang selalu kena beratur dan Biasanya beratur tu perlu ambil masa lebih kurang 15 hingga 25 minit. masa saya mula-mula pindah di Sungai Dua Butterworth, memang saya selalu perasan tempat ni tapi tak tergerak hati untuk singgah sebab Sungai Dua pun banyak makanan sedap-sedap. bila lalu depan saya cuma pandang saja tapi memang peliklah sebab tengok ramai sangat yang beratur.

 Pertama kali saya datang ke sini adalah secara tak sengaja sebab masa tu saya sebenarnya nak beli roti canai sebab kedai roti canai kegemaran saya tutup pada hari tu. Saya datang sebelum pukul 10 pagi dan masa tu tak ada orang pun yang beratur. Saya terus tanya pada pekerja yang saya nak roti canai dan para pekerja disitu semua macam terpinga-pinga sebab mungkin tak pernah ada orang order roti canai sebelum ini.

 Setelah hampir 10 tahun saya tengok kedai ini akhirnya saya beranikan diri untuk mencuba.  Antara faktor Kenapa saya tak mencuba sebelum ini adalah kerana isteri saya bukan penggemar nasi kandar.  Isteri saya berasal dari Pahang dan saya dapati ramai juga kenalan saya dari Pahang yang tidak menggemari nasi kandar. Tak tahulah mungkin citarasa orang pantai timur tidak sama seperti di pantai barat.  Seperti biasa nak makan sini kena beratur panjang.  Setelah hampir 15 minit Akhirnya  tiba giliran saya.  Sebelum tu saya dapati ramai yang mengambil  ayam goreng dan saya pun hanya ikut  kerja apa yang orang ramai suka.


 Saya dapati ayam goreng di sini amat laris dan sentiasa digoreng. Boleh kata kuali goreng ayam disini tidak ada peluang untuk rehat selagi kedai ini beroperasi. selain itu terdapat juga ikan goreng, kari ayam, ayam masak madu, telur goreng, Papadom, sayur kubis goreng, sayur kacang panjang goreng, bendi dan kadang-kadang ada sotong goreng.
 
 Saya dapati harga di sini amat berpatutan dan Patutlah ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan makanan di sini. Ruang makanan di sini terhad dan saya rasakan mungkin tak lebih daripada 20 orang yang boleh makan di sini pada satu masa.

 Pada hari berikutnya saya datang lagi dan kali ini saya bungkus bawa balik ke rumah. Lepas isteri saya rasa nasi kandar Ali Khan, barulah dia mula rasa minat terhadap nasi kandar. kini ada anak saya pun adalah penggemar nasi kandar Ali Khan dan kadang-kadang kalau bawa mereka ke line clear pun mereka masih kata alihan lebih power daripada Line Clear

 Kalau kita ambil lauk macam gambar yang saya ambil diatas untuk dibawa pulang, bajet nya adalah lebih kurang RM5 lebih seorang. Saya lebih suka masak nasi sendiri berbanding dengan nasi yang dibeli dari kedai. bila beli nasi di kedai kuahnya akan ditaburkan di atas nasi dan kemudian nasi akan dibungkus. Bila sampai dirumah nasi sudah kembang dan rasa dia dah campur dengan kari tadi. saya dah anak-anak tak gemar makan nasi kembang. selalunya kami ambil kuah campur tapi kali ini untuk gambar di atas kami ambil lauk ayam madu. dua-dua sedap. Lauk dengan kuah kari campur pun sedap lauk dengan ayam madu pun sedap.

 Kalau anda ada sebarang komen atau pun nak kongsikan tempat yang menarik boleh bagitahu saya di ruangan komen.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee...