Skip to main content

komen komen menarik kes Professor kecam golongan B40.

 Baru-baru ni viral video yang menunjukkan seorang Profesor telah memarahi anak muridnya kerana masih tiada laptop. namun yang menjadi panas adalah apabila kata-kata Profesor tersebut seperti memperkecilkan golongan b40. akibat dari tindakan beliau maka ramai yg tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan di komen-komen Facebook.

 Mari kita lihat komen-komen yang agak bernas dari kedua-dua belah pihak yang menyokong dan juga yang mengecam.

 Sebenarnya masih terlalu awal untuk sesiapa pun komen kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ambil contoh kes sebelum ini di mana ramai netizen yang mengecam tindakan seorang imam masjid memandikan pencuri tabung masjid seperti memandikan jenazah sebagai pengajaran. Akhirnya tak lama kemudian barulah kita mengetahui cerita yang sebenarnya dan ramai yg malu dengan komen sebelum tu. Begitu juga dengan kes ini. Mungkin ketika ini ramai yang mengecam professor tersebut tapi kita pun tidak tahu latar belakang pelajar yang dinyatakan itu. Mungkin juga Profesor tersebut telah lama simpan geram dengan pelajar itu atas kesalahan sebelum ini. Namun kata-kata Professor itu tentang b40 adalah tidak boleh dimaafkan. Inilah yang peribahasa katakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Difahamkan Professor tersebut mengajar di UiTM Seri Iskandar dan professor tersebut sepatutnya sedar yang UiTM wujud untuk golongan b40. Amat mengejutkan juga bila perkataan ini dikeluarkan oleh orang yang disegani di institusi pendidikan yang mengutamakan b40.

 UITM juga akan menyiasat dan mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada Professor tersebut. Harap perkara ini dapat diselesaikan segera supaya cakap-cakap belakang ataupun komen yang tidak tepat dapat dihentikan serta-merta. Tak pasal ramai yg dapat dosa nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Keropok Lekor Kuantan

Dimana nak cari keropok lekor yang ala ala terengganu? So ini adalah salah satu option yang ada jika anda cuma sempat singgah di Kuantan sahaja. Ada lebih kurang 5 gerai disini dan pilihan juga pelbagai. Location: Beserah, Kuantan( GPS:  3.875858,103.366251) Serving:  Keropok Lekor, Keping My good comment : Walaupun tak sama macam keropok lekor kelulut, tapi boleh la...  My bad comment: Kalau nak digoreng, kena tunggu.

Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan.  Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem. Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah.  Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada. Basically aktiviti menaiki...

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee...