Skip to main content

Jerami Gulung Sedaka, Yan

 Kali ni saya nak bawa anda semua ke satu tempat tarikan terkenal di Yan iaitu jerami gulung sedaka. Sebenarnya kami pernah cuba untuk sampai ke sini tapi malangnya ketika itu bukan musim menuai. Jerami gulung hanya wujud pada musim menuai sahaja. Bermakna Sesiapa yang berminat untuk datang ke sini haruslah peka dengan musim padi. Kami kesini pada bulan Februari.


 Untuk ke sini kami hanya menggunakan Google Map saja. pastikan di Google Map anda tertulis jerami gulung sedaka sebab ada juga jerami gulung yang disalah letak tempatnya. sebelum ini kami menggunakan Google Map juga tapi kami di bawa ke tempat yang lain dan tempat yang sukar untuk dilalui oleh kereta.
 jerami gulung ini terletak di tepi jalan sahaja dan parking juga amat mudah. di sini parking free disediakan juga. selain parking free di sini juga terdapat warung betul-betul bersebelahan dengan tempat yang famous untuk mengambil gambar.
 Masuk ke sini free tanpa sebarang bayaran. Memang banyak tarikan di sini dan semuanya bergantung kepada skill mengambil gambar masing-masing. Selain dari itu ATV juga disediakan dengan bayaran RM15 ringgit untuk 2 kali pusingan. Bagi kami harga ini amat berbaloi untuk anak-anak mencuba. Ternyata anak-anak amat gembira dengan aktiviti ATV ini. 
 Saya cadangkan untuk anda datang pada waktu pukul 10 pagi kerana ketika itu cahaya matahari juga amat cantik. Dengan berlatar belakangkan Gunung Jerai cahaya matahari dan terang dan langit yang biru pasti gambar anda akan lebih cantik
 Selain 10am waktu yang sesuai adalah pada pukul 4 petang. Photographer memanggil waktu ini sebagai golden hour kerana ketika itu warna cahaya matahari adalah seperti warna keemasan. Tapi pada ketika blog ini ditulis kebiasaan waktu petang adalah waktu hujan. Jarang pagi hujan.
 Rata-rata pengunjung di sini mengambil masa 30 hingga 40 minit untuk mengambil gambar. Dengan teknik yang betul gambar tentu akan jadi menarik.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nasi Ayam Kawasan Perindustrian Perai

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for nasi ayam in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Medan selera kawasan perindustrian Perai Unique Good deco You see the tyre rim? Nasi Kandar section The curry looks powerful Nyam Nyam... The famous nasi ayam arrived ketchup and soy sauce mixed together My son love it Mee Kari This is not for tourism because the stall is located in Kawasan perindustrian Perai with dust and unfriendly environment.Sometime I feel like having lunch at small stall in Jakarta's outskirt which I had few years ago. But since the Nasi Ayam is the best I had so far in Perai area, I would like to share it with you.My chinese friend introduced this Nasi Ayam to me and I tried 3 times already.If you are working around here,may be you should try. Location: 3M Serestu, far right,medan selera lorong perusahaan 3,Kaw.Perindustrian Perai GPS:N 05 22.212 E 100 23.364 Serving:Nasi Ayam, Nasi Kandar,& variety of foods. Budget: MYR3.80( Nasi Ayam) ...