Skip to main content

Banjir Besar Kuantan 2021: Day 3 episod 1

 Keesokannya kami bangun dalam keadaan yang segar walaupun tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Hari ini bantuan adalah lebih lancar daripada semalam. Seingat saya banyak juga makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu. Boleh dikatakan hari ini makanan agak mewah berbanding dengan semalam. Bayangkanlah sampai ada pihak yang berikan kami ikan bakar petai yang biasanya kami sendiri pun susah nak dapat peluang makan. Bila dapat layanan sebegini, maka dapatlah kita lupakan sikit masalah kita yang lebih besar iaitu banjir yang menenggelamkan rumah dan juga kenderaan kita. Alhamdulillah ramai juga orang-orang hebat di Kuantan ni yang menyalurkan bantuan ke pusat pemindahan sementara seperti di SMK Mat Kilau ini. 

 Hujan juga telah berhenti dan boleh nampak air mula surut. Saya pun pergi melihat kenderaan saya dengan lebih dekat. Sampai saja di kawasan hadapan Taman Seri Inderapura saya dapati ramai pemilik kenderaan sudah sampai ke sini untuk melihat kenderaan masing-masing. Dari segi luarannya kereta saya masih nampak elok walaupun kedudukannya agak pelik sebab dia berada di atas tapak kaki lima kedai. Ada kereta lain yang menghalang kereta saya untuk dibawa keluar. Pada masa itu saya lihat ramai juga yang sedang memanggil trak penunda untuk membawa kereta mereka keluar ke bengkel. 

 Saya agak kusut kerana pemilik kenderaan yang menghalang kenderaan saya untuk keluar masih tidak muncul. Setelah hampir sejam lebih akhirnya ada seorang lelaki dalam lingkungan 40-an datang untuk melihat kenderaan tersebut. Saya sangkakan itu adalah pemilik kenderaan tapi rupanya salah. Pemilik sebenar berada di Johor dan beliau meminta lelaki itu iaitu jirannya untuk mengalihkan kereta dari rumah mereka ke depan Taman Sri indrapura. Tak banyak pun yang lelaki tu boleh bantu kami dan kami masih buntu sebab pemilik kereta tersebut tidak membenarkan keretanya di hidupkan enjin. Selagi keretanya tak dialihkan, bagaimana pula kereta kami nak keluar?

 Antara dilema yang ramai hadapi ketika itu adalah nak hantar kereta ke Service Centre ataupun ke bengkel luar. Ramai yang fikirkan kalau hantar ke bengkel luar mungkin harganya lebih murah tapi risau juga sebab kadang-kadang hantar kedai bengkel luar ni sampai bila-bila pun tak siap. Lagipun saya bukanlah mahir sangat dengan bengkel-bengkel luar di daerah Kuantan ni. Saya hubungi kawan saya iaitu norishman untuk mendapatkan pendapat beliau. Mungkin beliau tahu kedai kedai repair yang mahir tentang kereta Honda di Kuantan. Beliau bagi saya satu contact bengkel yang kelihatan agak mahir tentang kereta Honda. 

 Pada masa yang sama juga kami bersetuju yang hantar ke service center adalah lebih selamat. Cuma masalahnya saya dah cuba banyak kali untuk telefon kedua pusat servis Honda di Kuantan iaitu satu di Semambu dan satu lagi di jalan Teluk sisik namun kedua-duanya tidak dapat dihubungi. Mungkin sebab ramai sangat pemilik kereta yang tenggelam banjir call  sampai tak terlayan Pusat Servis tersebut. Akhirnya selepas berjam-jam saya cuba, saya dapat hubungi Honda semambu. Honda semambu setuju untuk terima kereta saya dan saya berasa amat lega.

 Saya tak ambil insurans yang cover banjir. Maka segala perbelanjaan harus ditanggung sendiri 100%. Saya cuba menghubungi syarikat trak tunda. Kebanyakan trak tunda ada paparkan nombor telefon di trak masing-masing. Memang banyak trak masuk keluar Taman Seri Inderapura untuk mengambil kereta yang terlibat dalam banjir. Saya cuba menghubungi setiap syarikat trak tunda tapi susah nak dapat mungkin kerana masing-masing sibuk dengan layan call. Kemudian saya teringat untuk periksa coverage Takaful kereta saya. Saya beli Takaful dari bijak.com dan saya ambil Takaful dari Takaful Malaysia. Dalam cover note dari Takaful Malaysia ada dinyatakan saya layak untuk mendapat percuma 100 km tundaan.

 Saya terus menghubungi Takaful Malaysia dan saya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pusat khidmat pelanggan mereka. Tak lama kemudian satu panggilan datang dari trak tunda bertanyakan di mana saya berada. Ternyata urusan lebih mudah jika kita melalui Syarikat Takaful berbanding dengan kita cuba untuk hubungi penunda trak sendiri. Namun satu lagi masalah iaitu kereta saya masih lagi dihalang oleh kereta lain. Selagi kereta itu tidak dialihkan, kereta saya tidak boleh bergerak untuk naik ke trak tunda.

 Dalam keadaan serabut saya pun telah terhidupkan enjin kereta. Enjin pun hidup dengan baik dan saya berasa amat gembira sekali. Namun setelah lebih kurang 5 minit akhirnya enjin tiba-tiba mati. Ramai yang pesan dari awal untuk tidak hidupkan enjin tapi saya terpaksa abaikan nasihat tersebut sebab saya amat buntu untuk menggerakkan kereta saya. Bila enjin sudah berhenti saya pun pasrah bersedia untuk terima akibat yang lebih teruk. Dalam keadaan runsing saya ternampak ada satu kedai yang mempunyai forklift. Tanpa rasa segan saya minta bantuan daripada forklift untuk mengalihkan kereta yang menghalang kereta saya. 

 Setelah berbincang tauke kedai akhirnya bersetuju untuk tolong alihkan kereta yang menghalang kereta saya. Namun alihkan kereta dengan forklift bukanlah semudah yang kita sangkakan. sebelum forklift di masukkan ke bawah kereta, segala aspek seperti keseimbangan harus difikirkan terlebih dahulu. pintu kereta saya bercalar setelah bergesel dengan forklift semasa proses pemindahan.
 Tak lama kemudian trak tunda pun tiba. Proses menaikkan Kereta saya ke atas trak tunda mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kereta saya dibawa ke Honda Semambu dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selalunya masa yang diambil untuk ke Honda semambu tak selama itu tetapi sebab jalan sudah pun sesak kerana banjir maka perjalanan mengambil masa yang lebih lama. Saya bertanyakan kepada adik yang bawa trak tunda tersebut. Saya difahamkan kereta saya adalah kereta ketiga yang dia bawa pada hari itu. Sebelum ni pun dia bawa kereta Honda Jazz ke Honda semambu juga.

 Oleh kerana adik tu dah biasa menunda kereta maka saya jangkakan yang adik tu juga tahu anggaran kos yang perlu untuk repair kereta banjir. Bila saya dengar apa yang dikatakan oleh adik tu saya rasa macam tak percaya. Anggaran kos yang saya boleh kena lebih daripada RM10 ribu. Di hati kecil saya mungkin anggaran itu salah. Adik tu kata janji jangan rosak ECU sebab ECU Jazz saja pun dah rm14000 katanya. Akhirnya saya sampai ke Honda semambu. Saya dapati staff di sana agak sibuk melayan kereta-kereta yang sampai. Saya disambut oleh staf bernama Nurul. Ada satu lagi technician yang sambut saya tapi saya tak sempat tanya nama. 

 Saya bertanya kepada pekerja tersebut tentang anggaran kos yang perlu saya keluarkan. Anggaran yang beliau berikan adalah sama seperti adik penunda tadi. Masa tu saya rasa dunia gelap seketika....bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan.  Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem. Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah.  Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada. Basically aktiviti menaiki...

Restoran Zaman,Kuantan (Nasi Lemak Beratur)

Nasi lemak ni memang paling famous kat Kuantan. Pagi2 berduyun orang datang makan kat kedai ni.Lepas tu kalau nak makan, kena gi amik kat dapur. Nickname yang kami bagi ialah Nasi Lemak Beratur. Detail di bawah. nak nasi lemak, amik sendiri kat dapur. Nak roti canai pun kena beratur juga Senarai harga Location:Jalan Kuantan-Gambang just beforeTUDM (N03 45.739, E 103 12.817) Serving:Nasi Lemak,Roti Canai Capacity:200 people Operation:Breakfast Budget:Nasi lemak=MYR2 without fried chicken(Far expensive from Penang,Kedah,Perlis) Serving time:Self service. parking: provided childseat:provided My good comment:Deserve to be one of the best food in Pahang.Tasty...4.5 star.Famous in Kuantan and restaurant is always full. Room for improvement:You must go to kitchen to take the nasi lemak,but you are not the only one.Here I show you how many people line-up in the kitchen. Beratur di dapur

Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak

Memang sedap Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau ni. Asalnya saya pergi Kuala Kurau untuk makan Cik Aya Laksa Ketam yang famous tu tapi tutup la pulak. Masa tu hari Rabu 12pm. Puas saya pusing area situ dan akhirnya ada makcik tepi jalan rekomenkan saya pergi ke Mee Udang Parit 30 ni. " Adik pergi kat jambatan kecil  nanti nampak sign board dan jalan kecik ke restoran tu." Asalnya saya mcm malas juga sebab jalannya kecil jauh masuk ke dalam. Nanti penat je jalan, tapi tak sedap. Tapi bila dah pekena sekali mee ketamnya, saya boleh order 1 lagi mee udang! sedapnya tak tau nak cakap dan better anda datang kesini untuk mencubanya. Mesti resepi tradisional turun temurun ni.Kedai ni dibuka 11am~10pm. Suasana pun aman disini. Oleh kerena ini adalah jeti nelayan, ramai pekerja2 hasil laut berkumpul disini dan sernok juga dengar mereka bersembang tentang hasil laut. Mee Ketam ni MYR15 harganya. Ada akak sedang memproses hasil laut. Mee Udang ni MYR5 sahaja Location: Kg. Batu 14,Kuala Kur...