Skip to main content

Arif Char Koey Teow, Bukit Mertajam

 Baru-baru ni kami singgah ke satu kedai char kuetiau yang agak baru juga bagi saya( sebab sebelum ni lalu kat situ tak perasan) iaitu Arif Char kuetiau yang terletak di Kampung Pelet Bukit Mertajam. Persinggahan kami ke sini bukanlah dirancang tapi ianya setelah terlihat ramai orang datang ke warung ini.

 Warung ini agak besar juga. Parking juga lebih selesa berbanding dengan warung char kuetiau lain yang kita terpaksa parking di tepi jalan. baru ni boleh menempatkan lebih kurang 100 pelanggan dalam sesuatu masa. Disamping char kuetiau terdapat juga otak-otak dan sata dijual disini. kata juga terdapat kata daging dan sata ikan
 saya dapat merasa satay daging atau ikan dan otak-otak di sini dan rasanya amat sedap. 

  Satu kelebihan yang saya rasa patut diwar-warkan tentang warung ini adalah warung char kuey teow ini juga menyediakan char kuey teow tanpa udang. Dengan cara ini ianya amat membantu untuk ahli keluarga semua datang ke sini. Maklumlah bukannya semua orang makan udang terutama kanak-kanak. Saya amat tertekan dan terpedaya kalau saya ke satu warung dan warung Itu wajibkan semua menu yang dipesan mestilah mempunyai udang. ini membuatkan kita yang asalnya mempunyai bajet RM50 untuk makan satu keluarga akhirnya terpaksa menghabiskan hampir RM100 hanya kerana udang yang kita pun tak lalu nak makan.  Udang kalau sikit-sikit masih ok tapi kalau dah terlalu banyak pun mual juga sedap makan atas dasar terpaksa.  Yalah bahagian anak-anak punya udang pun kita terpaksa makan.  Kalau satu orang anak tak apalah tapi kalau 4 orang anak tak makan udang susah juga bapak nak habiskan.  Tapi alhamdulillah senario seperti itu tak berlaku di warung ini.
  Harganya masih Ok lagi pada saya. Char kuey teow tanpa udang saiz biasa adalah RM3 dan char kuey teow kosong tanpa udang bersaiz besar harganya RM3.50. Untuk char kue teow saiz biasa bersama udang harganya adalah RM6 manakala untuk bersaiz besar pula adalah RM7.

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Adam Char Koey Teow; Permatang Pauh

#adam #char koey teow # permatang pauh #penang #sedap  #penang food Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for char koey teow in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. Location:Center of Permatang Pauh town(near trafic light) Serving:Char Kuew Teow Capacity:200 people Budget:around MYR4.50(like picture) Operation time:5pm-12am Serving time:5 min Parking:not provided Childseat:provided but only 1 over hundreds of customers? My good comment:Need 4 chefs to cater the order.The restaurant always more 70% full and famous in Penang.More kerang,vegetables and tasty.If you enlarge above picture,youcan see the prawn is nicely burnt!I think here is more tasty than Sg.Dua Char Koey Teow. WiFi provided. This place deserve to be one of penang's famous malay restaurant.   Room for improvement: At night,many insects flying around lamps. don't sit direct under those lamps. Menggunakan resepi yang sedap sehingga menjilat pinggan dan antara kedai makan yang sedap di Pu...

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee...