Skip to main content

Makanan wajib cuba di Penang

#Makanan wajib cuba di Penang #penang food



Pulau Pinang sebuah negeri yang terletak diutara semenanjung memang terkenal sebagai tempat tumpuan dalam pelbagai bidang. Tak kiralah atas urusan perniagaan, kerja, pelancongan, membeli belah, pendidikan dan banyak lagi. Terkenal sejak sebelum merdeka lagi, Penang menjadi hub yang penting dalam pembangunan di Utara Malaysia.





Itu serba sedikit pasa Pulau Pinang dan kini saya nak kupas dengan lebih lanjut tentang makanan yang menarik terdapat di Pulau Pinang. Pulau Pinang terkenal dengan makanan yang sedap, pelbagai pilihan dan harga yang murah. Harga kadang kadang tengok tempat tapi bab sedap tu sudah semestinya sedap. So mana nak cari port makan best di Penang?





Nasi Kandar


Tak sah kalau sesekali datang ke Pulau Pinang tanpa singgah makan nasi kandar. Nasi kandar adalah makanan ikonik Pulau Pinang dan sinonim dengan mamak. terdapat pelbagai restoran nasi kandar di Pulau Pinang yang popular.








  • Nasi kandar beratur 

  • Line clear

  • Deen Maju

  • Kayu

  • Makbul

  • Kassim Mustafa

  • Pelita

  • Nasmir

  • Subaidah

  • Cargas Cafe

  • Zamruud

  • Dynas

  • Nasi Kandar Pokok Ketapang

  • Hameediyah




Lain restoran, lain resipinya. Maka kena cuba pelbagai restoran dan cari mana yang sesuai dengan kita. Kebanyakan restoran mempunyai beberapa cawangan disekitar Penang ni. Kadang2 rasa disetiap cawangan pun boleh lain2 walaupun dibawah jenama yang sama.



Char Koay Teow

Selain dari Nasi Kandar, Penang juga terkenal dengan Char Koey Teow. Terdapat banyak gerai Char Koey Teow sama ada di Pulau ataupun di seberang. Antara yang terkenal adalah.






  • Adam Char Koey Teow

  • Sungai Dua Char Koey Teow

  • Key Char Koey Teow

  • Sany Char Koey Teow





Selain sos kicap yang mempunyai rasa berbeza,  bahan di dalam char koey teow juga berbeza.  Ada yang kurang kerang dan ada yg tak ada kerang langsung. Ada yang kering dan ada juga yang basah.



Laksa

Laksa Penang terkenal walaupun diluar Penang. Sejauh pasar malam di Johor pun kita boleh jumpa Laksa Penang. Tak perlu persoal sama ada yang ini atau yang itu adalah laksa Penang yang sebenar sebab laksa di Penang ni pun sebenarnya tiada yang standard. Terdapat banyak gerai yang menjual Laksa dan setiap gerai mempunyai rasa dan rupa yang berbeza. Antara laksa yang terkenal di Penang ni ialah:












  • Laksa Udang Iryani

  • Laksa Tempurung Gertak Sanggul

  • Laksa Janggus






Mee Udang

Sungai Dua boleh dikatakan sebagai spot Mee Udang di Penang. Seperti yang lain2, lain restoran lain rasanya. Antara yang terkenal adalah.






  • Restoran Aur Gading

  • Medan Selera Sri Tambang Mee Udang

  • Ida Mee udang

  • Warung Kulat

  • Ayu Mee Udang

  • Aziz Mee Pak Ngah




Pasembur

Pasembur ni subjektif berdasarkan apa yang kita pilih dan harganya juga banyak beza. Biasanya ada cucur udang, timun, kentang, ketam, sotong, ayam, udang dan kemudian dituangkan kuah kacang diatasnya. Kebanyakan gerai pasembur ni terdapat di Padang Kota dan juga Gurney drive. Cuma pastikan harga betul2 sebelum ambil untuk mengelakkan anda dari terkejut







Cendol



Cendol memang patut dikategorikan sebagai wajib kalau datang ke Penang. Lain gerai,  lain rasanya.  Walaupun nampak macam mudah sebab semua penyediaan dilakukan di depan mata dan seolah olah tiada rahsia,  namun tak ada sesiapa yang boleh buat sama rasa seperti sesuatu gerai. Mungkin rahsianya terletak pada santan dan cendol hijau itu sendiri. Antara cendol yang terkenal di Penang adalah:


  • Cendol Maklom

  • Teow Chew Cendol





Orang sanggup beratur panjang atau menunggu lama di meja untuk mendapatkan cendol yang diingini.



Bawal Goreng


Ikan bawal goreng panas memang popular terutama di kalangan pekerja kilang dan pejabat di waktu makan tengah hari. Digoreng dengan kunyit hingga rangup dan dipadankan dengan sos kicap yang manis dan pedas. Antara yang popular ialah :







  • Bawal goreng kelapa sawit 

  • Restoran nelayan hujung batu

  • Molex




Samosa


Samosa adalah karipap 3 segi yang biasanya dijual oleh orang India. Ada inti Ayam, Daging dan Sardin. Terdapat beberapa gerai India Muslim di Little India, Penang yang menjual samosa yang sedap dan gerenti puas.






Yong Tau Foo

Yong tau foo adalah makanan yang berasal dari China dan dibawa oleh orang2 Hakka ke Malaysia. Selain didapati di China dan Malaysia, Ia juga boleh didapati di Taiwan, Thailand, Indonesia dan Singapura. Kini terdapat pelbagai variasi. Anda boleh pilih sama ada bihun, kuay teow, kankung, daging, sosej, kelempung, cendawan, broccoli, tauhu dan pelbagai lagi, Antara yang famous di Penang ialah Yong Taufoo Bagan Ajam.







#best penang # sedap penang #terbaik penang# murah penang # berbaloi penang#

Comments

Popular posts from this blog

Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan.  Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem. Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah.  Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada. Basically aktiviti menaiki...

Restoran Zaman,Kuantan (Nasi Lemak Beratur)

Nasi lemak ni memang paling famous kat Kuantan. Pagi2 berduyun orang datang makan kat kedai ni.Lepas tu kalau nak makan, kena gi amik kat dapur. Nickname yang kami bagi ialah Nasi Lemak Beratur. Detail di bawah. nak nasi lemak, amik sendiri kat dapur. Nak roti canai pun kena beratur juga Senarai harga Location:Jalan Kuantan-Gambang just beforeTUDM (N03 45.739, E 103 12.817) Serving:Nasi Lemak,Roti Canai Capacity:200 people Operation:Breakfast Budget:Nasi lemak=MYR2 without fried chicken(Far expensive from Penang,Kedah,Perlis) Serving time:Self service. parking: provided childseat:provided My good comment:Deserve to be one of the best food in Pahang.Tasty...4.5 star.Famous in Kuantan and restaurant is always full. Room for improvement:You must go to kitchen to take the nasi lemak,but you are not the only one.Here I show you how many people line-up in the kitchen. Beratur di dapur

Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak

Memang sedap Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau ni. Asalnya saya pergi Kuala Kurau untuk makan Cik Aya Laksa Ketam yang famous tu tapi tutup la pulak. Masa tu hari Rabu 12pm. Puas saya pusing area situ dan akhirnya ada makcik tepi jalan rekomenkan saya pergi ke Mee Udang Parit 30 ni. " Adik pergi kat jambatan kecil  nanti nampak sign board dan jalan kecik ke restoran tu." Asalnya saya mcm malas juga sebab jalannya kecil jauh masuk ke dalam. Nanti penat je jalan, tapi tak sedap. Tapi bila dah pekena sekali mee ketamnya, saya boleh order 1 lagi mee udang! sedapnya tak tau nak cakap dan better anda datang kesini untuk mencubanya. Mesti resepi tradisional turun temurun ni.Kedai ni dibuka 11am~10pm. Suasana pun aman disini. Oleh kerena ini adalah jeti nelayan, ramai pekerja2 hasil laut berkumpul disini dan sernok juga dengar mereka bersembang tentang hasil laut. Mee Ketam ni MYR15 harganya. Ada akak sedang memproses hasil laut. Mee Udang ni MYR5 sahaja Location: Kg. Batu 14,Kuala Kur...