Skip to main content

Penang-Padang Besar-Hatyai-Songhkla


Ini kali kedua bulan ni kami ke Hatyai dan kali ni kami bersama puteri kesayangan kami Adelia. Kami bertolak dari Butterworth pukul 5:45pagi.Dalam perjalanan ke utara kami lihat sudah banyak kereta menghala ke sempadan dan kami tak dapat singgah bersembahyang subuh di RnR Gurun kerana parking dah overloaded. Kami tiba di Changloon pukul 7:15am dan sempat lagi sembahyang subuh. Kebetulan kedai insurans Thailand ada disebelah masjid sahaja.Kemudian kami terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Agak terkejut kami kerana jalan sudah jam 2km dari immigration Malaysia.Setelah melayan jam selama 30min, kami membuat keputusan untuk U-turn dan memasuki Thailand melalui Padang Besar.







imegresen Padang Besar Thailand

Perjalanan menganbil masa lebih kurang 20 min ke Padang Besar dan perjalanan kami lancar hingga memasuki immigration Thailand. Agak ramai disini sebab ramai lari dari Bukit Kayu Hitam dan proses mengambil masa selama 30~40min.



Ini kali pertama kami melalui Padang Besar Thai dan cabaran kedua ialah mencari kedai Pengurup Wang di padang Besar ketika 1st day Chinese New Year. Alhamdulillah kami jumpa kedai dibawah ni.












Town Padang Besar

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10am dan kami perlu sarapan pagi. Kami jumpa gerai ni yang menjual sarapan pagi. Terletak bersebelahan dengan landasan keretapi(GPS: 6.669898, 100.325704)
















Train on the move





Tak banyak pilihan disini dan basically kami ambil pulut & nasi Ayam. Semuanya berharga THB290. Agak mahal dan better makan kenyang2 kat restoran mamak kat area changloon.







Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Hatyai yg mengambil masa 1jam lebih. Kami tinggal di hotel budget shj dgn kos MYR60 tapi kami rasa berbaloi. Setelah berehat kami dan tiba untuk makan tengah hari, kami pun bertolak ke Zaina Restaurant. Kami pernah makan pagi disini 3 minggu lepas.


















Tomyum






kerabu seafood



Seperti yang kami jangkakan, masakan disini mmg sedap. Restoran ni mmg jadi tumpuan warga Thai walaupun yg bukan islam. Maknanya mmg sedap. Kami berbelanja THB960 disini. Kemudian kami ke Hatyai municipal park dan menaiki bukit untuk melihat pemandangan Hatyai dari atas.




Setelah sampai diatas, kami singgah di Hatyai Observatory.Bangunannya nampak futuristik.



Tiket sebanyak THB20 dikenakan kepada dewasa dan kanak2 free. Terdapat banyak teleskop disini namun sedikit mengecewakan teleskop hanya digunakan untuk melihat matahari. Alangkah baiknya pusat ini dibuka hingga malam untuk melihat bintang.











Selepas 15min kami pun keluar dari pusat itu dan berjalan disekeliling.








pemandangan Hatyai













Selepas 30min , kami bertolak ke destinasi wajib iaitu Klong Hae floating market. Untuk mengetahui lebih detail mengenai Floating markiet ni, Boleh lihat cerita kami di post yang sebelumnnya.




Floating market





Hari hampir malam dan kami pun pulang. Setelah bersiap kami bergerak pula ke Night Market dan menghabiskan malam kami disana.

Keesokannya kami bersarapan di Zaina Restoran sekali lagi.Kami makan  3dimsum, nasi kerabu, roti canai 3, roti pizza, bubur nasi beberapa kuih tempatan yg kami x tahu nak explain dan beberapa air. Semuanya berjumlah THB460. Mmg berbaloi.








Roti canai










Roti canai pizza





Kemudian kami ke Songhkla Zoo. Harga tiket adalah THB150 utk dewasa dan kanak2 free. Boleh bawa masuk kereta ke dalam Zoo.Terlalu ramai orang kali ni sebab cuti sekolah + CNY hinggakan haiwan hilang konsentrasi semasa persembahan. Persembahan terpaksa ditamatkan 15min awal.








Rusa bebas berjalan kat sini






Adelia tengok zirafah






Boleh bagi zirafah makan






Bagi burung makan

Kami penuhkan aktiviti kami di Zoo dengan melawat binatang dan memberi makanan. Pelawat dibenar untuk keluar makan tengah hari dan masuk kembali. Kami makan di Samila Beach. Ingat nak pergi ke restoran lain tapi kami end-up dengan restoran yang sama iaitu Restoran Makanan Islam.











Kami makan tomyam, kerabu seafood, telur goreng 2, daging masak merah dan semuanya berharga THB550.



Selepas makan kami masuk semula ke Zoo untuk tunaikan hajat ameer. Dlm Zoo ada water theme park. Ameer spent 20~30min disini. Water park disini free!







Selepas Ameer penat, kami pun pulang ke Penang.



Semogo cerita kami yg ringkas ni membantu anda dlm merancang perjalanan ke sana...

Comments

Popular posts from this blog

Kedai Makan Sedap: Yong Tau Foo Bagan ajam

Sejak kebelakangan ni saya selalu bersiar di area pantai bersih untuk menikmati pemandangan cantik Pulau Pinang dari seberang Perai. Selepas bersiar saya akan melalui satu jalan dimana disitu ada terdapat banyak gerai. Namun ada satu area ni memang penuh orang. 2, 3 kali dah saya lalu dan memang penuh. Kali ni saya singgah untuk mengetahui kenapa. Lokasi : Bagan Ajam (GPS: 5.448007, 100.380209) Operation time: 4pm~8:30pm Serving: Yong Tau Foo Waiting time: 20~30min( ramai. sebab tu kami order cucuk udang sementara menunggu) Parking: roadside Toilet: No Entertainment: no Budget: mcm gambar padangan luar kami mengambil tempat  pilih lauk apa yang kita nak Basically Yong Tau Foo disini adalah jenis sup. Selepas itu kita perlu memilih sama ada kita nak ia datang bersama bihun, koeyteow ataupun mee. Kami pilih koey teow dan bihun.Kemudian nombor akan diberi. Kami dapat nombor 27. sementara tu kami order cucur udang ala2 padang kota lama. Memang sedap. Harga MYR3. Selepas kena cucoq udang!

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee

Apam balik Pekan

Looking for Pahang's best food ? Searching for the best Apam Balik in Pahang? May be this is the best apam balik in Malaysia. My friend brought me to this legendary stall after we had Friday prayer.Why legendary?Pak Awang started this business since 1964 and with his strenght, Awang Apam balik is still exist until now.His customer also comes from many background even from royal families. Location: Jalan Sultan Ahmad(GPS:3.491125,103.396143) near petrol station Serving: Apam Balik Budget:Biasa MYR1.50 ; Special MYR2.50 Waiting time:5min(depend on que) Operation time:6:30am~4:30pm Capacity:- Parking:roadside Entertainment:no Childseat:no Toilet: no My good comment: Deserve to be one of the best food in Pahang.The best apam balik I had so far.Price...berbaloi.One of the best product in Pekan. My bad comment: no. tolong share kan.