Skip to main content

Bawa masuk diri dan kereta ke Thailand

Passport
Utk masuk ke Thailand anda perlukan Passport yg at least validity dia 6 bulan.Visa tak diperlukan.Ada juga disediakan border pass tapi ada syarat2 tertentu.Saya akan masuk jauh ke dalam Thailand so saya fikir border pass ni mungkin x boleh pakai.Lagipun mmg kami semua dah ada passport.So pakai je lah.

Geran kereta
Utk membawa kereta masuk ke Thailand anda perlukan original geran.Walaupun ada yg pakai photostat copy dan berjaya bawa masuk kereta ke Thailand,to be safe better bawa original geran.Lagipun tujuan aku ke sana adalah utk bercuti dan bergembira bersama keluarga.kalau boleh x mau ada sedikit pun masalah semasa trip ni.Tambahan lagi government officer Thai kat border Malaysia ni kerek dan ikut mood diorang je.Nasib x baik mmg dia suruh kita balik.
So bawalah original geran.Kalau ada kat bank,pergilah amik kat Bank.

Insurans
Bawa masuk kereta ke Singapore lagi mudah sbb insurans Malaysia cover sekali dgn Singapore.Tapi Thailand tak dicover.Rasa mcm tak adil pun ada gak sbb polisi ni untung utk orang Johor.Utk org Perlis,mmg susah utk ke Singapore walaupun bayar insurans yg cover sampai Singapore.Rasa bab ni syarikat insurans kena improve sikit.
Insurans ada dua.Insurans yg wajib adalah insurans yg anda kena beli di Changlun.Tapi kalau apa2 jadi,kereta anda tak dicover.Untuk cover kereta anda,anda kena extend insurans anda ke Thailand.Mcm saya,saya pergi ke Kurnia dan uruskan insurans extention.Kos extension ke Thailand selama seminggu adalah lebih kurang MYR50.
Tapi jawapan yg tak best dari Kurnia adalah kalau jadi apa2,kita kena bawa kereta tu sampai ke sempadan.Sampai sempadan baru Kurnia take over.
Insurans lain tak tau la pulak.Saya nampak MSIG kat Hat Yai.Mungkin MSIG boleh bagi better service?

Duit cash
Kemudahan credit card adalah kurang di Thailand berbanding Malaysia.So anda kena ada duit cash yg cukup.Contohnya setakat ni saya tak jumpa lagi stesen minyak Thailand yg ada kemudahan credit card.

Ubat ubatanAda banyak farmasi kat sini tapi anda mungkin menghadapi masalah komunikasi.So better bawa ubat2 dari Malaysia.

GPS
Benda ni kena ada.Kalau tak mmg payah nak jalan kat Thailand.Kalau boleh baca Siam,mungkin lain cerita.

Bersambung...

Comments

  1. Salam
    Kalau masuk Thailand ,menghadapi masalah dengan bahasa sila hubungi kami
    karlisahalim@gmail.com
    atau
    satunsiam.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan Bakar Din

Nak cari tempat makan best di Penang? Looking for Ikan Bakar in Penang?Ini adalah salah satu yang saya syorkan. I came to this place many times and only this time I had opportunity to snap pictures and share with you all.This is one of Famous Penang Malay food located in Kepala Batas.Better try yourself and put your comment below. front view The line of a car parked in front of the restaurant Varieties of ikan bakar,daging,udang,sotong and etc... Varieties of ulam and sambals. Lauk kampung's section...including gulai batang pisang. my lunch Location: Kepala Batas (Jalan Butterworth-Alor Setar) GPS:N 5 30.942' E 100 25.3053 Serving:Ikan bakar,ayam bakar,daging bakar,udang bakar,sotong bakar,varities of ulam & lauk kampung. Operation: lunch time Capacity: 300 person Toilet:provided childseat:no parking:no my good comment: Deserve to be one of the best food in Penang.I had a real kampung style lunch with a lot of varities to choose. Room for improvement: little bit...

Kedai Makan Sedap: Yong Tau Foo Bagan ajam

Sejak kebelakangan ni saya selalu bersiar di area pantai bersih untuk menikmati pemandangan cantik Pulau Pinang dari seberang Perai. Selepas bersiar saya akan melalui satu jalan dimana disitu ada terdapat banyak gerai. Namun ada satu area ni memang penuh orang. 2, 3 kali dah saya lalu dan memang penuh. Kali ni saya singgah untuk mengetahui kenapa. Lokasi : Bagan Ajam (GPS: 5.448007, 100.380209) Operation time: 4pm~8:30pm Serving: Yong Tau Foo Waiting time: 20~30min( ramai. sebab tu kami order cucuk udang sementara menunggu) Parking: roadside Toilet: No Entertainment: no Budget: mcm gambar padangan luar kami mengambil tempat  pilih lauk apa yang kita nak Basically Yong Tau Foo disini adalah jenis sup. Selepas itu kita perlu memilih sama ada kita nak ia datang bersama bihun, koeyteow ataupun mee. Kami pilih koey teow dan bihun.Kemudian nombor akan diberi. Kami dapat nombor 27. sementara tu kami order cucur udang ala2 padang kota lama. Memang sedap. Harga MYR3. Selepas kena cucoq udang! ...

Chang Puak Camp, Hatyai

Antara aktiviti yang popular di Hatyai adalah menaiki gajah. Aktiviti ni boleh dilakukan di Chang Puak Camp(GPS: 7.056423, 100.511626) yg terletak lebih kurang 5km dari Hatyai Icedome menghala ke Songhkla. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8am hingga 5pm waktu Thailand. Selain itu, aktiviti menaiki menunggang ATV dan BB gun shooting juga disediakan.  Harga tiket adalah THB500 utk dewasa dan THB250 utk kanak2. Seekor gajah boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Selain itu anda juga akan diminta sama ada nak beli makanan utk gajah atau tak. Selalunya orang beli la. Sebakul pisang dijual THB100. Ada beberapa staff boleh berbahasa melayu so no problem. Makanan gajah boleh diberi sebelum atau selepas kita naik gajah.  Masa yg diberi adalah 30min melalui jungle trek yg disediakan. Nak kata jungle pun tak la jugak tapi mencabar bila time gajah tu menjunam masuk ke dalam air. Dengan tak ada seat belt, mmg rasa mcm naik roller coaster pun ada. Basically aktiviti menaiki...