Skip to main content

Posts

Cara terbaik mendidik pencuri tabung masjid

 Sebelum ni heboh pasal satu kes di mana seorang lelaki muda telah ditangkap oleh ahli masjid kerana disyaki mencuri tabung masjid. Sebagai pengajaran ahli masjid tersebut telah memandikan tertuduh di atas para seolah-olah proses mandi jenazah.  Perkara itu telah dirakam dan videonya tular di media sosial.  Ramai yang mengecam cara ahli masjid menangani masalah tersebut. Maka saya telah membuat survey untuk mengetahui apakah cara yang terbaik untuk mendidik pencuri tabung masjid seperti kes yang disebutkan tadi. Ramai yang memberi respons dan saya ingin kongsikan komen-komen yang menarik mengenai topik ini.  ini adalah komen yang paling banyak respond untuk topik ini. lepas tangkap bagi tazkirah dan ajak dia solat taubat. masa berdoa, doa untuk si pesalah berubah menjadi baik.  yang ni pula komennya agak kasar tapi ada logiknya juga. selain dari pengajaran yang pesalah tersebut dapat, persekitaran masjid juga akan bersih. ...

Biasanya kalau beli kereta siapa yang buat keputusan?

 Beli kereta adalah perkara kedua terbesar dalam hidup seseorang selepas membeli rumah yang menjadi keutamaan nombor satu. Bukan senang nak buat keputusan segala aspek perlu diteliti terlebih dahulu. nama siapakah yang membuat keputusan muktamad dalam pembelian kereta? Saya ada buat survey dan saya dapati ada beberapa komen yang patut dikongsi sebab logik dan ada juga diantaranya agak lucu. Survey tersebut mendapat komen dan like yang banyak juga.  yang ni pun betul juga sebab selalunya perempuan akan mempengaruhi lelaki dalam membuat keputusan. Kalau tak diikut kehendaknya maka banyaklah ragamnya nanti. memang betul ramai lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk membayar bulanan, servis, cukai jalan, insurans dan juga kerosakan. Kalau kereta tu di atas nama lelaki memang menjadi tanggungjawab lelaki. tapi ada juga kes di mana kereta dan loan di atas nama perempuan tapi perempuan pula buat tak tahu bila sudah tiba masa untuk membayar kereta. bil...

Kenapa laki takut bini?

 Soalan ini adalah soalan Lazim yang terlalu difikirkan oleh lelaki. Agak menarik juga untuk dibincangkan tentang topik kenapa lelaki takut pada bini atau bahasa standard nya kenapa suami takut isteri. Baru-baru ini saya ada membuat survey dan saya ingin kongsikan komen-komen yang menarik berkenaan dengan topik ini. Topik ini mendapat banyak like dan juga komen.  Kebanyakan menjawab bukan mereka tak takut bini tapi bini yang tak takut mereka. Memang ada benarnya juga. Banyak juga komen yang agak lucu.  Ada yang mengatakan perempuan lebih banyak beremosi berbanding dengan lelaki yang lebih banyak menggunakan akal dan fikiran. Tahap kesabaran lelaki adalah lebih tinggi daripada tahap kesabaran perempuan. Tak kurang juga ada yang menyalahkan drama TV yang selalu dimainkan pada waktu senja memberi pengaruh buruk terhadap bini mereka.  anda ada barang komen untuk ...

Hasil survey "dulu nak jadi apa, sekarang jadi apa"

 Ramai di antara kita mempunyai cita-cita sejak dari sekolah rendah lagi. Antara cita-cita kegemaran kanak-kanak adalah polis, askar, doktor, nurse dan cikgu. Baru-baru ini saya ada membuat survey untuk bertanyakan tentang cita-cita dahulu dan sekarang ni dah jadi apa.  Survey ini telah mendapat komen dan like yang banyak di Facebook  Mari kita lihat apa yang telah terjadi kepada budak-budak yang mempunyai  cita-cita seperti yang dinyatakan di atas.  Seperti kita boleh lihat kebanyakan orang tak menjadi seperti apa yang dicita-citakan semasa kecil dahulu. Ada juga yang menjadi lebih berjaya daripada apa yang diimpikan dan ada juga yang sebaliknya. Namun selagi hayat dikandung badan kita masih lagi berpeluang mengejar cita-cita. Saya tertarik dengan kisah dua individu yang menjadi tulang b...