Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an. Thundercats  ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)  Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga. G Force Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee

Apa cara terbaik nak minta kawan bayar hutang

Umum kita ketahui bahawa bukan senang untuk kita menuntut hutang. Masa mula kawan tu minta mungkin macam macam janji yg ditaburkan tapi bila dah dapat duit kita, masa tu baru tahu betapa susahnya nak dapat balik. Antara yang selalu digunakan peminjam sebelum meminjam adalah seperti berikut  1-dapat gaji saya bayar 2-tunggu hujung bulan 3- kau la kawan aku dunia akhirat...jika kita bagi pinjam la  Akhirnya kita pula seperti mengemis duit sendiri. Baru baru saya ada buat survey cara cara untuk dapatkan duit kembali dari kawan yang berhutang dengan kita dan ramai yang memberi sambutan dari segi idea dan ramai juga nak tahu. Langkah pertama semestinya jumpa secara berdepan. Semestinya yg pinjam dari kita tu adalah kenalan rapat kita. Cakap elok dsb tapi saya rasa mungkin bukan ini jawapan yg diinginkan oleh orang ramai. Sebab kalau senang dapat tak perlu saya tulis panjang. Kalau langkah diatas tak berjaya, maka kita boleh lah hantar mesej sampai penerima muak ataupun akhir

13 Permainan popular kanak-kanak 80an

Brick game/ game watch  Sebelum wujudnya game seperti hari ini  kanak-kanak pada tahun 80-an amat gemar dengan game Tetris ini. Pada mulanya game ini hanya boleh didapati di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur namun lama-kelamaan ianya mudah didapati  di negeri-negeri lain juga. Lepas tu boleh kata separuh dari kawan kawan kita juga mempunyai brick game ni. Permainan ini menguji kecekapan minda kita untuk menyusun kotak-kotak dalam pelbagai bentuk dan makin lama kita main, kelajuan game makin bertambah. Game watch   Game watch adalah satu permainan yang satu level up hebat daripada brick game. Ada pelbagai mainan contohnya racing kereta, koboi tunggang kuda elak pelbagai halangan seperti cactus, koboi tembak orang jahat dan pelbagai lagi. Siapa yg mak bapa dia berduit sikit, mesti boleh dapat ni. Tak boleh nak sembang panjang sebab saya cuma boleh dapat brick game sahaja. Playdoh  play-doh adalah permainan seperti tanah liat dalam pelbagai warna dan kita bo