Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Sate Kajang Hj.Samuri, Taman Melati

Bila kami terasa nak makan sate Kajang tapi tak mampu untuk ke Kajang, selalunya kami singgah disini saja. Lokasinya berdekatan dengan karak Highway dan tak perlu risau dengan jalan yang sesak. Kuah kacang ni la yg power Kemas dan selesa Sate idaman satu Malaysia Location: Taman Melati, Setapak( near Petronas) Serving:  Sate Kajang Budget :  Waiting time: 15min Operation time:morning to noon Capacity: 100 person Parking: roadside Entertainment: Radio Childseat: yes Toilet: Yes.

Masjid Kapitan Keling

Antara tempat wajib dilawati di Pulau Pinang adalah Masjid Kapitan Keling yang terletak berdekatan dengan Little India. masjid yang dibina pada abad ke 19 ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Jika anda kesini anda boleh lihat beberapa pelancong barat datang kesini dan mengambil gambar. Biasanya ada orang islam yang akan mengiringi mereka.

Semarak Aruni Inn, Kelulut, Marang, Terengganu

     Percutian kami ke Kuala Terengganu memang tak dirancang. Disuatu pagi Sabtu tiba tiba isteri saya kata " bang ..jom gi KT?" kebetulan memang tak de plan lansung untuk minggu ni dan rasa dah lama tak pekena keropok lekor terengganu maka kami pun terus pack pakain dan terus bertolak ke KT. Jarak dari Kuatan  ke KT adalah 2~3 jam perjalanan. Kami tak ikut jalan Kuantan-Jabur sebab kami tak rushing untuk ke sana. Kami kami melalui jalan tepi pantai iaitu Kemaman,Dungun dan Marang.       Sampai di Marang hati saya tertarik dengan keindahan suasana yang dimiilik disini. Lantas membuatkan saya buat keputusan untuk bermalam ditepi pantai di marang ini. 3,4 hotel juga kami berhenti untuk buat tempahan tapi malangnya dah penuh. Akhirnya kami jumpa satu hotel yg kebetulan cuma tinggal satu bilik saja yang kosong. Tanpa berlengah lagi kami pun terus bersetuju untuk bermalam disitu. Subuh view from my balcony Inside view Toilet. Water pressure was slow. Sunrise Areef and Super Ameer

Keropok Lekor 008 Kelulut

Cari keropok lekor best kat Terengganu? Tema cuti saya kali  ini adalah jalan jalan cari keropok lekor. So awal pagi lagi saya sudah terfikirkan koropok lekor terengganu yang asli. Staff saya dari Terengganu yang rekomenkan saya ke tempat ni. Saya pernah ke Losong tapi saya kurang puas hati dengan rasanya. Pemandangan dari hotel saya. Betul2 depan koropok lekor 008 8:30pagi baru nak buka Mostly yang datang sini bungkus macam borong sakan Location: Kelulut,Marang(GPS:5.172242,103.229422) Serving: a variety of Keropok Lekor Budget: Waiting time:10~15min(depend on que) Operation time:8:30am~5:30pm Capacity:- Parking:roadside Entertainment:no Childseat:no Toilet: May be only for staff My good comment: The best Keropok Lekor I had so far even forgot to take photo of it.One of the great "Ganu" product. Can you spot the koropok lekor? Can you spot the keropok lekor?These are the photo of keropok lekor I have for the whole trip.

Fauzi Nasi Kerabu, Kuala Terengganu

Cari makanan best kat Terengganu? Perut masih belum lapar sebab baru lepas balun keropok lekor MYR10. Tapi memandangkan waktu kami di Kuala Terengganu ni singkat, maka adik saya ajak juga gi breakfast + lunch di sini. Baru tiba. Matahari dah nak terpacak. Tapi ayam dok bakar lagi Cari tempat duduk kosong dan bersih Last2 kemas sendiri. Pinggan orang yang terdahulu diletak di meja sebelah Areef lap meja sendiri Orang dok berbaris lagi untuk mengambil makanan Ayoyo... Mmmmm Ayam ni mcm best je Kebanyakan lauk dah nak habis Inilah rupa nasi kerabu yang ditunggu tunggu Tak lama lepas tu semua dah habis Kaunter bayaran Location: Berhampiran Flat Sri Kolam Serving:  Nasi kerabu Budget : standard Kuala Terengganu Waiting time: self service Operation time:morning to noon Capacity: 100 person Parking: roadside Entertainment: Childseat: yes Toilet: Yes. Nasi kerabunya mmg sedap dan banyak pilihan. Cuma harap tahap kebersihan dan servis tu perlu dipertingkatkan lagi.